Selepas kira-kira enam tahun terbiar dan tidak berpenghuni, kira-kira 126 unit rumah pangsa di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan, akhirnya dibenar untuk disewakan.<br /><br />Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebelum ini rumah-rumah berkenaan telah banyak mengalami kerosakan akibat vandalisme.